Khamis, 27 Disember 2012

MAJLIS PERTUNANGAN NANA

Hari cuti umum Krismas 2012 hari tu dengan rasminya Nana bertunang..tahniah....semoga Allah mempermudahkan segala urusan .Untuk Yob ..sorry la jadual terlalu padat..tak boleh datang awal..dah request cuti awal tapi tak dapat.......sehari sebelum tu..kerja Petang, setelah selesai syif malam....terlajak la pulak pagi tu..plan nak bertolak awal ke Manjung.
Kat bawah ni tepak sirih turun temurun...masih boleh digunakan.

Mengumumkan ketibaan pihak lelaki .

Perbincangan sedang dijalankan...Ni Cikgu Riduan...dengan bapa saudara Firdaus...seronok pulak dengar orang berbincang pasal urusan perkahwinan ni....emmm..nanti budak2 tu dah besor...tak le kekok..:)).
Aturcara:
  1. Pengenalan ahli keluarga
  2. Doa selamat
  3. Perbincangan tentang tarikh Pernikahan & kenduri.
  4. Menyarung cincin pertunangan
  5. Jamuan makan  & pertukaran barangan hantaran




Ni tengah berkumpul menunggu sedara mara sampe...posing le kejap..emm Opah bersemangat nampak...ceria jer semua.





Rombongan pihak lelaki berposing sebelum berangkat pulang ke Chemor.
Ops sorry la..gambor Nana pulak tak masuk dalam ni...lain kali la edit...27.12.2012...Sabak Bernam .

Isnin, 10 Disember 2012

Shoppinggggg....Uniform sekolah sesi 2013

Tahun ni beli baju sekolah kat Sabak Bernam je la..mula tu Plan nak gi tengok PC Fair kat KLCC..ngantuk la pulak.Ha..ha dah senget kepala Fail bawak baju sekolah diaorang..


Kat Everybody Sabak ni ok juga la harga dia..mula tu pegi survey kat Sg Besar..emm..beza jauh juga harganya..nasib baik dapat kalendar untuk tahun depan.Beli baju Fail 2 pasang....baju melayu (baju sajer)..Damia dua pasang..Alya 2 pasang..habis dalam RM 290.00.

SEPATAH KATA

Alhamdulillah akhirnya hasrat untuk mempunyai blog sendiri telah diizinkan.Terdapat pelbagai pilihan yang terlintas dikepala untuk dijadikan sebagai alamat blog...akhirnya berceritadiblog telah terpilih.Semoga blog ini dapat menjadi satu catatan yang berguna bukan saja kepada diriku..tetapi jika boleh kepada mereka yang sudi mengunjungi blog ini.Sebarang pandangan dan komen amat dialu-alukan dalam menjadikan blog ini lebih dirasai kewujudannya.

TIPS & TRIP TO PANGKOR ISLAND

Pada cuti persekolahan 2012 kami sekeluarga telah pergi ke Pulau Pangkor untuk bercuti.lokasi percutian ni pun budak-budak yang pilih...katanya nak naik Feri.Maka bertolaklah kami dari Sabak Bernam pada hari Jumaat .
                                                                                     Parking kat sini 1 hari dalam RM 10.00 je..hari tu dua hari tiga malam RM 20.90..
Kami Parking kereta kat Majlis Daerah Manjung..ada bumbung lagi..jadi tak risau la kereta tu berpanas atau hujan.Ha..tengok la A'an..seronok sangat nak naik Feri.
                                        Nasib baik la tak ramai orang..selalunya kena beratur .
                                               Emm..sempat lagi posing kat jeti Lumut
        Ni gambar masa dalam Feri..belum ramai orang lagi..dapat la pilih tempat duduk.
Ni la gambar bilik kat Teluk NIpah Bayview ..dalam bilik ok la..selesa untuk keluarga kami.
 Ha..gambar kat atas tu la Pulau Giam..berhadapan dengan Pantai Teluk Nipah.pegi naik Bot .
 Ni beli nasi lemak Pangkor..emm hotel tak ada sediakan sarapan..tapi jangan risau..ada banyak gerai menjual sarapan kat Pantai teluk Nipah ni.

Ni kalau berminat untuk snorkeling boleh la terjun kat sini..naik bot RM 70.00 jer satu trip..lepas tu boleh la mandi-manda kat Pulau Giam pulak.